Hidup Happy Bersama Jiran Tetangga

Intro dari esei Zizek pasal kejiranan (bukan kejiranan rumah sangat tapi lantaklah) petik buku Adam Kotsko tajuk Creepiness yang sebut “every neighbour is ultimately creepy” boleh relate kot bilamana setiap hari kau kena kutip-sisih-susun-sapu taik kucing jiran sebelah yang berbukit-bukau depan rumah tu.

Cuma kenyataan sebegitu tak terpakai pada kita pasal budaya ketimuran-asia telah mencipta rasa saling percaya, tak macam Zizek masa tidur pun asyik tak sedap hati pasal jiran dia ada orang Croat, Serb dan Hungary.

Dekat sini, biarpun taik itu bukan milik kucing kita tapi kita masih boleh beli penyapu dan sodok besi untuk mudahkan kerja-kerja pembersihan, dan esok bila jiran naikkan khemah tengah jalan untuk kenduri kahwin anak atau mak dia pun kita okay aje. Silakanlah buat kenduri selalu, nak tutup jalan pun ikut suka kaulah labu. Apa susah sangat lagipun kereta kita boleh parking hujung simpang sana.

Hey brader sistur, mana mungkin Malaysia jatuh ke tangga 80 dalam indeks gembira dunia. Kita sentiasa happy dan saling percaya kot! Ini tak lain tak bukan, mesti kerja orang dalamlah.

Advertisements